Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,639

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cerita Umar & Jom Buat Baik

11:31am 15/05/2016 Zakir Sayang Sabah 31 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Ramadan akan menjengah. Sudah pasti para pencinta Tuhan atau di Eropah dikenali denganPeople Hungry For God akan melakukan persiapan yang cukup rapi bagi menyambut kedatangan Ramadan al-Mubarak.

Saya ingin kongsikan satu kisah yang mungkin kisah ini akan memberi sedikit motivasi kepada kita para pencinta Tuhan agar bersegera dalam menuju Tuhan. Saya yakin bahawa bukan saya seorang tetapi anda semua kita merupakan People Hungry For God.

Satu pagi ramai dikalangan pembesar mahu berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab. Ketika itu ada juga pembesar-pembesar quraish yang masuk Islam selepas Fattahul Makkah seperti Suhayl Bin Amr dan Abu Sufian. Mereka ini menentang Rasulullah SAW tapi masuk Islam kemudian.

Siapa tidak kenal Suhayl Bin Amr yang suatu ketika dahulu keras menentang Nabi SAW dalam beberapa kisah. Namun selepas masuk Islam Suhayl Bin  Amr pernah kutip rambut Nabi SAW atas dasar sayang pada Nabi. Mereka agak senior dalam Islam tapi tapi tidak sesenior Salman Al-Farisi, Bilal Bin Rabbah atau Suhaib ar-Rumi.

Apabila kita bercerita tentang sejarah maka wajib kita bayangkan yang dimensi masa pada ketika itu. Pada masa tersebut Umar al-Khattab sangat famous. Inilah insan yang telah menjatuhkan kerajaan Rom dan Parsi. Dibawah kepimpinan Umar al-Khattab tertangkapnya Hurmuzan Raja Rom. Sudah pasti ramai orang yang berdiri di hadapan pintu rumah Amirul Mukminin untuk bertemu beliau.

Ketika Umar al-Khattab membuka pintu apakah perkataan pertama Umar al-Khattab;

” Dimanakah Bilal? Dimana Shuaib dan dimana Salman? “

Lalu Umar al-Khattab menjemput ketiga-tiga sahabat agung Baginda Rasulullah sallallahu a’laihi wasallam ke dalam rumahnya. Muka pembesar Quraish seperti Abu Sufyan berubah. Kata pembesar Quraish tersebut;

“Tak sangka kan. Kita kena tunggu. Diorang yang masuk dulu.”

Kata Suhayl Bin Amr;

“Aku nampak pada muka kamu yang kamu tidak puas hati. Wahai kaum, kamu patut marah kepada diri kamu sendiri. Mereka diberikan Islam dan kita juga diberikan Islam tapi mereka mengambilnya dan kita menentangnya. Andai kata di hadapan pintu Umar ini kita sudah cemburu maka apatah lagi di hadapan Allah kelak. Sudah pasti mereka melebihi kita.”

Kisah ini merupakan satu motivasi kepada saya dan kita semua. Allah Azzawajal memperuntukkan sebahagian dari kalamnya di dalam Al-Quran agar kita bersegera menuju kebaikkan. Dalam Surah Ali-Imran ayat 133 Allah berfirman;

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Lihatlah bulan Ramadan nanti. Akan ada satu golongan yang rugi. Ketika manusia lain sedang bersegera melakukan kebaikan ada yang sedang tawaf pasar malam dan bazar Ramadan.

Ketika manusia mulakan halaqah Al-Quran pada hari pertama pasti akan ada yang menanti hari esok untuk memulakannya. Pada saat insan lain sudah cukup 30 juzu’ kita masih Surah al-Baqarah. Betapa ruginya kita.

Betapa ruginya kita apabila Ramadan menyapa wajah kita tetapi kita tidak mendapat keampunan Tuhan.

Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma; Bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallammenaiki mimbar, dan ketika menaiki anak tangga pertama beliau mengucapkan: Amiin! Kemudian menaiki anak tangga kedua maka beliau mengucapkan: Amiin! Kemudian menaiki anak tangga ketiga maka beliau mengucapkan: Amiin!

Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, kami mendengarmu mengucapkan “Amiin” tiga kali?

Baginda menjawab:

“Ketika aku menaiki anak tangga pertama, Jibrilshallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangiku dan berdo’a: “Sengsaralah hamba yang mendapati Ramadhan kemudian berlalu darinya dan dosanya tidak diampuni!”Maka aku mengucapkan: Amiin! Kemudian Jibril berdo’a lagi: “Sengsaralah hamba yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satu dari keduanya lalu keduanya tidak bisa memasukkannya surga (karena tidak berbakti)!”Maka aku mengucapkan: Amiin! Kemudian Jibril berdo’a lagi: “Sengsaralah hamba yang disebut namamu di sisinya dan ia tidak bershalawat kepadamu!” Maka aku mengucapkan: Amiin!”

[Al-Adab Al-Mufrad karya Al-Bukhariy: Sahih]

Ramadan yang lalu kita sudah rugi. Tidakkah kita mahu untung Ramadan kali ini?

Penulis
Cikgu Jailani YusoffBertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Pengerang, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.

Merupakan Koordinator Gerakan Projek Sekolah Awam, satu gerakan bebas yang berusaha membangkitkan kesedaran budaya ilmu dan berfikir di kalangan remaja dan belia di Negeri Johor

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan