Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CEO tipu RM150,000

ceo

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat rangkaian peruncitan dipenjara dua tahun dan dikenakan dua sebatan manakala pengarahnya dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menipu pengurus jualan RM150,000, tahun lalu.
Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Syawaludin Siran, 38, (CEO) dan Rosinah Ahad, 25, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Norsharidah dalam penghakimannya berkata, kedua-dua tertuduh melakukan penipuan secara profesional dengan mengambil wang melalui jalan mudah daripada rakan perniagaan sendiri.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menipu pengurus jualan, Noorzita Baharudin, 48, untuk mempercayai boleh menjual pelan perniagaan kedai serbaneka 24 jam Station Rakyat di Plaza Usahawan Crystal Ville, Taman Danau Kota, Setapak.

Perbuatan mereka mendorong Noorzita menyerahkan deposit membeli pelan perniagaan itu melalui tiga keping cek berjumlah RM150,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank syarikat Kopais.

Mereka melakukan kesalahan itu di Nombor 5, Jalan Wangsa Delima 1A, KLSC 3, Wangsa Maju dekat sini, antara 7 Januari hingga Mei 2013.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika disabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Mohd Zawahid Ya yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
Mahkamah membenarkan permohonan pembelaan dan ikat jamin terhadap tertuduh dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM15,000 seorang.

Komen


Berita Berkaitan