Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cendawan jadi baju

9:20am 07/05/2016 Pak Roshan 17 views Global
PAKAIAN hasil rekaan Aniela yang diperbuat daripada cendawan.

PAKAIAN hasil rekaan Aniela yang diperbuat daripada cendawan.

Amsterdam: Ketika pereka fesyen lain sibuk menjahit pakaian rekaan mereka, seorang pereka fesyen di sini pula memilih ‘menanam’ hasil ciptaannya.

Aniela Hoitink baru-baru ini memperkenalkan pakaian ciptaannya yang diperbuat daripada cendawan tanpa menggunakan seurat benang.

Pakaian yang dicipta pereka fesyen berusia 41 tahun itu sangat mesra alam, mudah dilupuskan dan baik untuk kulit.

Aniela berkata, dia menggunakan satu bahagian cendawan yang dikenali sebagai miselium untuk mencipta pakaian berkenaan.

“Miselium adalah bahagian cendawan yang cepat tumbuh, tidak bertoksik dan juga kalis air serta api apabila dikeringkan,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan