Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cemas, keliru

9:58am 29/04/2016 Pak Roshan 21 views Global
PACQUIAO dikerumuni penyokongnya ketika melawat bandar Calamba di wilayah Laguna, selatan Manila, semalam.

PACQUIAO dikerumuni penyokongnya ketika melawat bandar Calamba di wilayah Laguna, selatan Manila, semalam.

Manila: Jaguh tinju Filipina, Manny Pacquiao terkejut dengan kenyataan Presiden Benigno Aquino yang mendakwa kumpulan militan di selatan negara itu merancang untuk menculiknya.

Katanya, dia juga terkejut kerana Aquino tidak memberitahunya mengenai perkara itu sebaliknya mengumumkannya di media.

Aquino kelmarin mengeluarkan satu kenyataan yang mendakwa kumpulan Abu Sayyaf yang memenggal tebusan warga Kanada baru-baru ini turut merancang menculik Pacquiao atau anaknya.

“Saya cemas apabila Aquino memberitahu Abu Sayyaf mahu menculik saya.

“Saya terkejut kerana semua rakyat Filipina adalah rakan saya. Saya sayang mereka terutama yang beragama Islam,” kata Pacquiao di sini, semalam.

Menurutnya, susulan kenyataan itu dia mengetatkan kawalan keselamatan untuk isteri dan lima anaknya yang tinggal di kampung halamannya di General Santos, selatan Filipina.

Pacquiao berada di Manila untuk berkempen bagi merebut kerusi Senat menjelang pilihan raya umum dan presiden negara itu pada bulan depan.

Kata Pacquiao, dia juga keliru dengan kenyataan Aquino itu yang tidak memberitahunya terlebih dahulu sebelum mengumumkannya di media.

“Sekiranya perkara ini daripada laporan perisikan, ia sepatutnya tidak didedahkan.

“Mengapa sekarang perkara ini didedahkan? Isu ini perlu diteliti pihak berkuasa,” jelasnya.

Aquino berikrar untuk menghapuskan kumpulan Abu Sayyaf selepas kepala tebusan warga Kanada, John Ridsdel ditemui dibuang di pulau Jolo pada Isnin lalu selepas gagal mendapat wang tebusan.

Lebih 20 lagi tawanan dari beberapa negara termasuk Malaysia dan Indonesia kini masih menjadi tebusan kumpulan Abu Sayyaf. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan