Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cemarkan alam sekitar, jejaskan kesihatan penduduk

Longgokan sampah yang dibuang di tepi jalan berhampiran Kampung Takad Apin-Apin. - foto Kalawon Sawing
Longgokan sampah yang dibuang di tepi jalan berhampiran Kampung
Takad Apin-Apin. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Tindakan membuang atau melonggok sampah di merata-rata tempat bukan sahaja mencemarkan kebersihan alam sekitar tetapi boleh menjejaskan kesihatan penduduk.

Sehubungan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan, Sahanif Jamil, meminta pihak yang berwwajib supaya mengambil tindakan dan memantau pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sekitar daerah ini.

Beliau menegaskan, perbuatan itu perlu dibendung kerana ia mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap alam sekitar dan kesihatan penduduk” katanya ketika mengulas longgokan sampah yang dibuang di tepi jalan Kampung Pamalan dan Takad, di sini.

Dalam masa sama, Ahli Majlis Daerah Keningau turut meminta agar Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kesihatan meletakkan papan tanda larangan membuang sampah di lokasi pembuangan sampah pihak bertanggungjawab.

Di samping itu, katanya, pemimpin masyarakat diperingkat kampung seperti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu menyalurkan maklumat kepada jabatan dan agensi yang berkaitan jika berlaku pembuangan sampah sewenang-wenangnya di kawasan yang berhampiran dengan kawasan mereka.

Jelasnya, tindakan itu bagi membolehkan jabatan atau agensi yang berkaitan dapat mengambil tindakan bagi mengatasi aktiviti pembuangan sampah merata tempat. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan