Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Celup pinggan dalam lopak, restoran diarah tutup

BAHAGIAN Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan DBKL hadir di premis restoran itu bagi menjalankan pemeriksaan susulan viral video pekerjanya mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang premis.

 

KUALA LUMPUR: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hadir di premis restoran makanan daun pisang, Raj’s Banana Leaf, bagi menjalankan pemeriksaan susulan viral video pekerjanya mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang premis itu di Bangsar, di sini, sebentar tadi.

Seramai kira-kira 10 pegawai tiba dengan menaiki dua buah van pada jam 9.20 minit pagi.

Sepuluh minit kemudian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiba, difahamkan bagi menyerahkan notis penutupan restoran terbabit.

Bagaimanapun, restoran itu tidak beroperasi pada hari ini dan hanya seorang sahaja pekerjanya hadir untuk membuka kunci premis berkenaan bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan.

Semalam, viral sebuah video di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan pekerja didakwa daripada restoran berkenaan mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Pihak pengurusan restoran berkenaan turut memohon maaf menerusi akaun Facebook rasminya berhubung insiden itu.

Seiring permohonan maaf itu, Raj’s Banana Leaf mengumumkan untuk menyediakan juadah buka puasa percuma di cawangannya di Bangsar pada 31 Mei ini, dari 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

Sementara itu, sebuah portal tempatan, TwentyTwo13, melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata restoran itu akan ditutup bermula esok (hari ini).

“Saya akan mengarahkan pegawai Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar menyita premis itu esok.

“Ia akan ditutup sehingga mereka mematuhi semua peraturan,” katanya dipetik oleh laporan itu. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan