Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cekik anak syak isteri ada hubungan sulit

Bayi dua bulan maut selepas dicekik oleh bapanya. FOTO The Times Of India

 

New Delhi: Seorang bapa muda tergamak membunuh anak sendiri dengan membelasah mati bayi berusia dua bulan itu semata-mata mengesyaki ia dilahirkan hasil hubungan sulit isterinya dengan lelaki lain.

Suspek berusia 17 tahun itu dikatakan menumbuk dan mencekik anaknya selain memukul dengan kasut menyebabkan bayi itu mati.

Khaleej Times melaporkan, kejadian berlaku di rumah mereka di Mangolpuri, New Delhi ketika isteri suspek keluar mencari kerja di Palika Bazar, Sabtu lalu.

Apabila pulang beberapa jam selepas itu, dia mendapati anaknya sudah tidak bernyawa namun suaminya tidak kelihatan di tempat kejadian.

Times of India melaporkan, suspek ditahan polis pada hari sama kejadian itu berlaku selepas mendapat maklumat daripada isterinya yang membawa mangsa ke Hospital Sanjay Gandhi.

Ibu mangsa memberitahu polis, dia mengesyaki kematian anaknya itu akibat perbuatan suaminya.

“Kita cuba mengesan suspek sebelum menahannya di Mangolpuri.

Dia mengaku mencekik anaknya selepas memukul bayi itu dengan kasut,” kata Sagar. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan