Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cederakan isteri, sebutan semula kes pada April depan

5:38pm 04/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 74 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki mengaku salah di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada isterinya.

Joey Mohammad, 37, melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Kampung Warisan Inanam, pada jam 6.30 petang, 26 Februari lalu.

Walau bagaimanapun, Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh 6 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Jika disabitkan kesalahan, Joey akan dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 326A Akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM 4,000 beserta dua orang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan