Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cedera terkena serpihan jangka suhu pecah

2:41pm 09/09/2016 Pak Roshan 495 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Pasukan HAZMAT membersihkan tumpahan merkuri akibat termometer pecah di makmal SM St Michael, Penampang. - Foto Ihsan JBPM Sabah

Pasukan HAZMAT membersihkan tumpahan merkuri akibat termometer pecah di makmal SM St Michael, Penampang. – Foto Ihsan JBPM Sabah

PENAMPANG: Seorang pelajar Sekolah Menengah (SM) St Michael, di sini, dihantar ke hospital selepas cedera akibat terkena serpihan kaca alat jangka suhu yang pecah di makmal sekolah itu, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, pelajar Tingkatan Empat, Joshua Vinilis Johny, 16, cedera ringan di tangan kanan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dengan kenderaan sekolah.

Seramai 20 pelajar turut diarah mengosongkan makmal berkenaan berikutan berlaku tumpahan raksa daripada jangka suhu yang pecah.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata sepasukan lima anggota Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dihantar ke sekolah itu sebaik menerima panggilan.

“Pasukan bomba tiba di lokasi jam 8.50 pagi dan membuat pengosongan kawasan 100 meter dari lokasi tumpahan merkuri.

“Ketika kejadian, 20 pelajar berada di makmal dan dibawa ke tempat selamat.

Pasukan HAZMAT yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 9.11 pagi untuk membuat kerja pembersihan menggunakan sulfur dan mengumpulkan bahan berbahaya ke dalam beg pelupusan,” katanya.

Beliau berkata, tumpahan dapat dikawal pada jam 9.15 pagi manakala operasi tamat jam 9.45 pagi tadi. – BH Online

Pasukan HAZMAT membersihkan tumpahan merkuri akibat termometer pecah di makmal SM St Michael, Penampang. - Foto Ihsan JBPM Sabah

Pasukan HAZMAT membersihkan tumpahan merkuri akibat termometer pecah di makmal SM St Michael, Penampang. – Foto Ihsan JBPM Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan