Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cedera kerana cuba membunuh diri

11:58pm 26/04/2016 Leolerry Lajius 578 views Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengalami kecederaan kerana dipercayai cuba membunuh diri dengan menggunakan sebilah pisau dalam satu kejadian yang berlaku di rumah nombor 205 Kampung Pondo, Pulau Gaya.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, berdasarkan keterangan daripada saksi iaitu adik kepada saspek, semasa saksi berada di rumah, saspek telah datang meminta tolong mana-mana ahli keluarganya untuk menjenguk adik lelakinya yang lain di Manggatal namun tiada sesiapa yang mengendahkan permintaan saspek.

“Saspek menjadi marah dan tidak dapat menerima hakikat bahawa permintaannya telah ditolak. Saspek kemudiannya telah beredar pulang menuju ke rumahnya, yang jaraknya lebih kurang 50 meter dari rumah saksi.”

“Semasa saspek berjalan ke rumahnya, saksi terdengar yang saspek ada menyatakan ingin membunuh diri,”katanya.

Tambah Chandra, setelah saspek beredar pulang, saksi merasa tidak senang hati dengan tingkah laku saspek dan telah menyusul ke rumah saspek.

“Apabila saksi tiba di rumah saspek, saksi merasa sangat terkejut kerana melihat saspek telah menikam dirinya sendiri, dibahagian perut dengan menggunakan pisau.”

“Melihat kejadian itu, saksi terus meminta tolong dengan jiran yang terdekat dan seterusnya menghubungi pihak Balai Polis Pulau Gaya untuk tindakan lanjut,”katanya.

Pemeriksaan tubuh badan telah dijalankan dan mendapati terdapat satu luka  di bahagian perut saspek namun kedalaman belum dapat dipastikan.

Saspek menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 2 dan dalam keadaan stabil. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan