Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ceburi bidang keusahawanan untuk memajukan diri

Tawfiq sedang berucap dalam acara tersebut

Tawfiq sedang berucap dalam acara tersebut

TAWAU : Golongan wanita khususnya  ibu tunggal harus berusaha memajukan diri dengan menceburi bidang keusahawanan tanpa terlalu mengharapkan bantuan daripada pihak lain.
Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, bidang keusahawanan merupakan bidang yang mesti diceburi oleh golongan ibu tunggal bagi memastikan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
Katanya, banyak agensi kerajaan mahupun swasta yang menawarkan latihan keusahawanan untuk golongan ini bergiat aktif dalam bidang perniagaan terutamanya perniagaan kecil-kecilan di kawasan kediaman masing-masing.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Tawau di sini.
Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas menyeru agar wanita sentiasa menyahut seruan kerajaan dengan menyertai pasaran keusahawanan dengan aktif dan berdisiplin.
Tegasnya, dengan kemampuan wanita yang amat dikenali sebagai Menteri Kewangan keluarga, wanita mempunyai kelebihan untuk mengendalikan sesebuah perniagaan dengan baik.
 ” Oleh itu, saya menyeru kepada golongan ibu tunggal untuk tidak mudah patah semangat tetapi berusaha menambahkan pendapatan dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan.”
Turut hadir, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Tawau, Datuk Rosdianah Mohd Nor, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau, Norsiah Bayai dan ahli jawatankuasa bahagian Tawau.-Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan