Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CCTV rakam lelaki buang najis ke luar tingkap

RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki mencurah air kencing ke luar tingkap.
RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki mencurah air kencing ke luar tingkap.

Shanghai: Sejak beberapa bulan lalu penduduk di sebuah apartmen di bandar ini dihantui dengan najis dan air kencing yang dibuang ke luar tingkap oleh individu tidak dikenali.

Keadaan itu menyebabkan penduduk takut untuk menyidai pakaian dan sering menggunakan payung bagi mengelak terkena najis yang dicampak ketika berjalan di bawah apartmen.

Penduduk berkata, seorang budak lelaki yang dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan di sekolah menjadi mangsa terbaru serangan berkenaan.

“Budak lelaki itu menangis apabila dibaling najis oleh individu tidak dikenali.

“Lebih menyedihkan budak itu tidak dapat menduduki peperiksaan kerana pakaiannya berlumuran najis,” katanya.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan