Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CCIG perlu menjadi sebuah badan yang lebih tersusun dan berorientasikan profesionalisme- Salleh

Salleh ( ketiga dari kiri) bersama Jurey ( kedua dari kiri), Deddy (ketiga dari kanan) dan ahli- ahli majlis tertinggi CCIG bergambar kenangan sempena majlis perasmian Program Retreat CCIG 2016 di Hotel Promenade, disini, hari ini
Salleh ( ketiga dari kiri) bersama Jurey ( kedua dari kiri), Deddy (ketiga dari kanan) dan ahli- ahli majlis tertinggi CCIG bergambar kenangan sempena majlis perasmian Program Retreat CCIG 2016 di Hotel Promenade, disini, hari ini. Turut kelihatan, pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri

KOTA KINABALU- Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG) perlu memainkan peranan dalam membantu kepada penubuhan sebuah komuniti pengamal kandungan kreatif yang lebih tersusun dan berorientasikan amalan profesional, kata Datuk Salleh Tun Said Keruak.

Salleh yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata sistem penyampaian maklumat dan komunikasi bersama para karyawan perlu diperluaskan agar fungsi dan impak penyertaan dapat difahami dengan sebaik-baiknya.

“Peranan CCIG sebagai badan akreditasi kepada karyawan industri filem dan meningkatkan profesionalisme modal insan industri kreatif perlu lebih mantap bagi menarik minat karyawan filem yang berdaftar dengan badan ini,”katanya.

Salleh berkata demikian semasa merasmikan Program Retreat Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG) 2016 di Hotel Promenade, disini, hari ini.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar CCIG membina lebih banyak kerjasama dua hala dengan pelbagai pihak termasuk badan-badan kerajaan, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan pihak komuniti bagi memantapkan dan menambahkan keahlian.

Sementara itu, Pengerusi CCIG, Dato Jurey Latiff Rosli berkata bahawa pihak CCIG akan membincangkan soal struktur CCIG bersama ahli majlis tertinggi persatuan tersebut.

“Jika CCIG menjadi satu badan yang profesional, kami akan mampu bergerak dengan wang pendapatan CCIG sendiri dimana kami akan melaksanakan pentauliahan atau aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada industri itu sendiri tanpa memerlukan dana daripada kerajaan,” katanya.

Turut hadir, Penasihat Industri Kreatif Sabah dan Sarawak, Datuk Deddy M Borhan, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Universiti Prof Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, pelakon veteran terkenal tanahair, Normah Damanhuri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan