Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Catatan Anak Yang Merindu Ayahnya

10:41pm 15/03/2016 Zakir Sayang Sabah 68 views i-Muslim

813191-hutton-gibson

Ada tak yang rasa macam ini?

Dulu nak pergi sekolah pagi, ayah beri 60 sen untuk setiap anak-anaknya. Petang pula kadang-kadang 20sen kadang-kadang 30 sen. Tapi, kita selalu rasa tak cukup. Siap buli lagi adik untuk 10sen ataupun 20sen tambahan.

Dulu 60 sen untuk beli:

  • 10sen : Air
  • 40sen : Nasi sepinggan
  • 10sen : kacang
  • 10sen : Beli apa-apa di koperasi
  • 20 sen yang di’pau : Beli aiskrim waktu balik

Sekarang nilai 60 sen HANYA untuk parking kereta. Air pun paling murah RM1.00. Masuk tandas untuk mandi pun 50 sen.

Tapi itu bukan isunya.

Dulu waktu ayah beri duit kita rasa “ala sikitnya… berilah lebih!!!”

Kita tak tahu waktu tu kerja ayah sehari dibayar sekitar RM10-20 sehari.

  • Jadi kalau campur-campur,
  • 4orang anak : (Lebih kurang RM1x4) = RM4
  • Beli lauk-lauk untuk mak masak = RM5
  • Isi minyak motor.
  • Beli makanan untuk kita adik beradik.
  • Beli pakaian.
  • Beli alat kelengkapan rumah

Kita pun tidak tahu berapa baki yang ayah miliki sebelum sampai ke hujung bulan. Tapi yang kita tahu.

  • Anak-anak ayah tak pernah lapar.
  • Anak-anak ayah tak pernah tak berganti baju.
  • Anak-anak ayah tak pernah tak pakai kasut.

Sekarang bila sudah bekerja, baru kita tahu peritnya nak cari duit. Hari-hari kena fikir berapa banyak nak kena jimat.  Berapa banyak nak belanja.

Kadang-kadang kita berharap kita dapat kembali ke masa lalu. Jadi anak ayah yang boleh berlari-lari tak perlu nak fikir ini semua.

Tuhan, terima kasih kerana membesarkan kami dengan seorang ayah yang cukup mengasihi kami adik beradik! Sungguh kami berbahagia punya ayah dan emak seperti kalian. Tuhan, pimpinlah mereka ke gerbang syurga-mu! Amin!

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Bahagian Dakwah JAKIM)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan