Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Carian MH370 Mungkin Berakhir Ogos

mh3701

SYDNEY – Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi yang dilakukan secara besar-besaran dijangka selesai pada awal bulan Ogos.

Kawasan carian hanya tinggal kurang dari 15,000 kilometer persegi dari 120,000 kilometer persegi zon sasaran di barat Australia di mana pesawat penumpang itu dianggap telah terhempas.

Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan berkata tidak ada petunjuk bahawa zon carian akan diperluaskan.

“Kami masih perlu melakukan carian dan kami boleh menyatakan bahawa kami akan melengkapkan pencarian akhir bulan Julai, awal bulan Ogos, bergantung kepada keadaan yang tidak diduga,” kata Dolan kepada akhbar The Australian, merujuk kepada cuaca buruk.

“Kami mempunya keupayaan teknikal untuk meneruskan pencarian tetapi sumber-sumber untuk melakukannya adalah satu perkara yang melibatkan kerajaan,” katanya. – AFP/mStar Online

Komen


Berita Berkaitan