Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cari perempuan, jumpa monyet

10:14am 27/04/2016 Pak Roshan 1057 views Global
SEORANG anggota polis memeriksa keadaan monyet berkenaan.

SEORANG anggota polis memeriksa keadaan monyet berkenaan.

Dongxing, China: Seorang isteri yang menghubungi polis kerana mengesyaki suaminya membawa pulang perempuan simpanan terkejut apabila mendapati lelaki itu sebenarnya menyimpan 37 monyet liar di rumahnya.

Wanita berkenaan yang berang menghubungi polis pada tengah malam kelmarin dan menuduh suaminya membawa pulang perempuan simpanan serta di bawah pengaruh dadah.

Beberapa anggota polis tiba di rumah pasangan berkenaan pada jam 3 pagi, tetapi diancam oleh lelaki itu dengan pisau dan jelas di bawah pengaruh dadah.

Selepas memanggil pasukan bantuan, polis berjaya menahan lelaki itu dan menemui sejumlah kecil dadah methamphetamine.

Ketika menggeledah rumah itu, polis mengesan bau busuk dari sebuah bilik dan apabila pemeriksaan dibuat mereka menemui beberapa sangkar mengandungi monyet kecil. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan