Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cara ‘terbaik’ ajar pencuri

9:18am 03/02/2016 Pak Roshan 580 views Global
hukum

TIGA daripada pencuri itu (berbaju biru) diarak di jalan raya, di Guizhou minggu lalu.

Beijing: Penduduk sebuah kampung di wilayah Guizhou, barat daya China, menggunakan kaedah terbaik ‘mengajar’ sekumpulan pencuri apabila memalukan mereka di khalayak ramai kerana mencuri artifak keagamaan.

People’s Daily Online melaporkan, ratusan penduduk kampung keluar untuk mencemuh lima lelaki itu kerana didakwa mencuri dua patung batu singa dan satu patung Buddha, Oktober lalu.

Patung batu itu yang dikatakan berusia lebih 400 tahun hilang dari kampung berkenaan pada 13 Oktober 2015. Polis yang menyiasat kes itu mengesyaki pencurinya anggota geng profesional.

Lima lelaki itu ditangkap pada 27 Januari lalu selepas siasatan polis selama tiga bulan.

 Penduduk kampung berkata, patung berkenaan diwariskan dari satu generasi ke generasi dan dipercayai membawa tuah selain menghalau hantu. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan