Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cara Tarik Rahmat Allah

8:14pm 25/01/2016 Zakir Sayang Sabah 135 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Saya ada buat Ta’lim bersama bapa tersayang dan semua ahli keluarga di rumah kampung. Bapa ceritakan tentang mak yang dirindui. Dia menangis.

Memiliki isteri yang tercinta seperti ibumu ialah perkara terindah. Perbualan terpanjang minggu-minggu akhir mak sebelum kembali kepada Allah ialah Mak minta maaf kerana tak dapat jaga bapa lagi.

Kata mak dia berniat semenjak mula-mula kahwin akan memberi khidmat sampai hari terakhir buat bapa. Katanya bapa buah hati jantung kesayangan mak. Mak sayang bapak sepenuh jiwa raga kerana Allah. Dia peluk bapak kuat-kuat. Dia cium bapak.

Mak nak tunggu bapak dalam syurga. Bapak nanti terus jaga agama. Jaga solat awal waktu. Bila-bila pun jaga solat walaupun sibuk atau apapun.

Jaga kesihatan. Jaga makan. Jangan lupa makan walau rasa sedih. Nanti mak tunggu bapa dalam syurga. Syurga itu benar. Syurga itu indah. Cantik manis.

Mak akan meninggal di katil bilik icu ini. Betul-betul di sini. Tapi jangan sedih. Mati mak ni insyaAllah mati yang baik. Sebab Allah sayang mak. Sebab tu dia beri sakit. Dia nak ampunkan semua dosa.

Sepanjang hidup mak tak pernah sakit-sakit macam ni. Ni baru mak sakit. Semuanya sebab Allah sayang. Dia nak bagi syurga.

Mak baca semua bacaan dalam solat depan bapa saya tujuan ingatan dan sama-sama baca. Fatihah, mengucap, ulang kali baca bacaan dalam solat. Kemudian selawat atas Nabi saw ulang-ulang kali. Mengucap banyak kali.

Bapak saya menangis katanya sentiasa mimpi dan ingat mak. Ketika dia tak selera makan dan rasa nak tidur jer. Dia mimpi mak. Mak panggil dan suruh makan. Terus dia kuat semangat semula. Dah beberapa malam bapak asyik mimpi mak mimpi baik-baik.

Seronok dapat buat Ta’lim.Bersama semua ahli keluarga. Dulu mula-mula kami hidupkan Ta’lim bersama-sama di rumah ini tahun 1996. Sejak itulah rahmat Allah bertambah mencurah-curah dalam keluarga.

Mesti mak tersenyum membaca jika diizinkan Allah.Jom semua hidupkan Ta’lim dalam rumah tarik rahmat Allah.

Kata Imam Ghazali rah ceramah syarahan hebat-hebat macam hujan lebat. Esok keliling basah. Tapi firman Allah dan perkataan Nabi saw yang kita baca dan dengar ia bagaikan setitik air dari gunung jatuh atas batu.

Lama-lama batu tadi akan lekuk. Begitulah hati menjadi lembut dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Mak kami anak-anak dan bapa akan teruskan berjuang sehingga bertemu mak dan sama-sama bertemu Allah dan Rasul saw yang kita semua rindui.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan