Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cara hukum isteri curang

10:14am 15/06/2016 Pak Roshan 3120 views Global
LELAKI berkenaan memukul isterinya dengan kayu. Gambar kanan, kekasih isterinya juga dibelasah tanpa kasihan.

LELAKI berkenaan memukul isterinya dengan kayu. Gambar kanan, kekasih isterinya juga dibelasah tanpa kasihan.

New Delhi: Seorang lelaki di India membelasah isterinya dan kekasih wanita itu dengan kejam di khalayak ramai.

Dalam rakaman yang tersebar, lelaki itu dilihat mengikat kedua-dua mangsa terbabit pada tiang kayu sebelum memukul mereka menggunakan kayu serta tali sambil diperhatikan orang ramai.

Isterinya yang bersari menjerit apabila disebat dan cuba mengelak pukulan dengan mengelilingi tiang berkenaan.

Lelaki itu kemudian dilihat membelasah kekasih isterinya pula.

 Orang ramai termasuk kanak-kanak yang ada di situ hanya memerhatikan kejadian tanpa perasaan, tetapi tidak jelas sama ada mereka mempunyai hubungan persaudaraan dengan suami terbabit. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan