Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CAPS PERGIAT PROGRAM KESEDARAN KEPENGGUNAAN DI KAWASAN PARLIMEN SELURUH SABAH

james

KOTA KINABALU, 15 Feb : Persatuan Hal Ehwal Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) akan mempergiat program kesedaran dan pendidikan kepenggunaan di  peringkat kawasan Parlimen seluruh Sabah, tahun ini.

Presidennya James Bagah berkata inisiatif itu antara lain bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepenggunaan, selain meningkatkan tahap kesedaran pengguna memandangkan ia masih lemah terutama dalam aspek mempertahankan hak pengguna.

Ini termasuk hak mendapatkan keperluan asas, keselamatan, maklumat, pilihan, ganti rugi, pendidikan kepenggunaan, alam sekitar yang sihat dan hak menyuarakan pendapat, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mengikut perancangan, Bagah berkata program pertama akan diadakan pada Mac ini di Kota Belud, yang turut melibatkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah.

“Majoriti pengguna Sabah kurang mengetahui hak sebagai pengguna sehingga kadang kala mereka menjadi mangsa ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang hanya ingin mengaut keuntungan,” katanya.

Bagah berkata pengguna berhak dilindungi dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan menggunakan barangan dan perkhidmatan, namun matlamat atau gerakan melindungi itu sukar dicapai jika mereka sendiri kurang peka dalam mempertahankan hak sebagai pengguna.

Justeru, beliau menggesa pengguna di negeri ini supaya sentiasa bijak dalam membuat pilihan dan menguruskan kewangan harian mereka, lebih-lebih lagi dalam keadaan harga barangan yang meningkat sekarang.

“Mereka harus bijak berbelanja dan tahu untuk membezakan antara barang keperluan dan barang kehendak,” katanya. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan