Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CAPS minta peniaga jangan senyap, segera turunkan caj barangan keperluan harian

Ansabung Kulayah. - foto Kalawon Sawing
Ansabung Kulayah. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Peniaga di daerah ini diminta mengurangkan caj barangan keperluan harian berikutan keputusan kerajaan menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel sebanyak 30 sen pada minggu lalu.

Ini memandangkan, penurunan harga petrol dan diesel yang telah pun dilaksanakan kerajaan itu seharusnya dituruti oleh para peniaga agar mengambil inisiatif sama menurunkan harga barang keperluan harian di premis masing-masing.

Harapan rakyat itu disuarakan oleh Timbalan Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) Cawangan Tenom, Ansabung Kulayah, agar peniaga bersikap adil dengan pengguna.

“Kalau kita lihat keadaan, apabila berlaku kenaikan harga petrol dan diesel, peniaga dengan pantas bertindak menaikkan harga barang keperluan harian terutama makanan dengan alasan kos pengangkutan tinggi kerana harga minyak naik. Namun, tetapi apabila kerajaan menurunkan harga minyak sehingga 30 sen, peniaga senyap sahaja,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ansabung memberitahu, sebelum ini golongan peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan menaikkan harga barangan dengan alasan kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengangkutan bertambah.

Sehubungan itu, beliau berharap, pihak berwajib dapat menyelaraskan harga barangan keperluan dengan penurunan harga minyak bagi mengurangkan beban pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Dalam  pada itu, beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan usaha pihak kerajaan menurunkan harga minyak, sekaligus meringankan bebanan kewangan dalam kalangan rakyat di negara pada ketika ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan