Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CAP Gesa Polis Dan Kastam Tingkatkan Usaha Banteras Mercun

cap

KUALA LUMPUR– Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa polis dan kastam meningkatkan usaha membanteras penyeludupan dan penjualan mercun di seluruh negara.

Presidennya, S M Mohamed Idris berkata penguatkuasaan yang tegas dan kerjasama orang awam mampu mengekang penyeludupan, pengedaran dan penjualan mercun.

“Pelanggaran undang-undang sedia ada untuk mengekang penyeludupan, pengedaran dan penjualan barang seludup yang berleluasa, nampaknya tidak diambil perhatian serius oleh pesalah.

Oleh itu, suatu hukuman penjara mandatori untuk penyeludup termasuk merampas hartanah dan aset mereka perlu dimasukkan dalam pindaan akta, ” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan tegas juga patut diambil terhadap mereka yang ditangkap membeli dan bermain mercun, termasuk kanak-kanak kerana ibu bapa perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan anak mereka.

CAP juga menggesa supaya penguatkuasaan dibuat dengan lebih kerap dan tegas kerana bermain mercun berpotensi menyebabkan kerosakan harta benda dan kehidupan , selain daripada mengganggu ketenteraman awam, katanya.

Di bawah Seksyen 4 (2) Akta Bahan Letupan 1957, sesiapa yang disabitkan kesalahan kerana membuat, memiliki dan mengimport mercun boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000.

Mereka yang disabit kesalahan bermain mercun boleh didenda sehingga RM100 atau penjara sebulan di bawah Akta Kesalahan Kecil 1995.

Komen


Berita Berkaitan