Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Campur tangan hakim: tindakan lanjut selepas selesai siasatan dalaman

PUTRAJAYA, 1 Sept (Bernama) — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong (gambar) berkata tindakan selanjutnya berhubung dakwaan campur tangan hakim kanan dalam dua kes berprofil tinggi di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini, hanya akan diambil sebaik sahaja selesai siasatan dalaman oleh Pejabat Ketua Hakim Negara.

 

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Liew, yang bertanggungjawab dalam undang-undang, berkata demikian ketika merujuk kepada dakwaan campur tangan oleh hakim kanan dalam penukaran agama satu pihak anak-anak M.Indira Gandhi dan kes hasutan bekas anggota parlimen, mendiang Karpal Singh.

Semalam, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dilaporkan berkata beliau mengambil maklum tentang dakwaan itu, dan siasatan dalaman sedang dijalankan selepas kenyataan media berkaitan kedua-dua kes itu dikeluarkan.

Awal bulan ini, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer mendakwa beliau ditegur oleh seorang hakim kanan kerana menulis penghakiman menentang, dua tahun lepas dalam kes penukaran agama satu pihak anak-anak Indira.

Antara lain, Hamid menulis penukaran agama kanak-kanak berkenaan tidak sah disebabkan kebenaran daripada ibu mereka tidak diperoleh.

Beliau seterusnya mendakwa akibatnya, beliau tidak lagi ditugaskan untuk mendengar kes membabitkan kepentingan awam dan kes yang mempunyai kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Insiden kedua berbangkit selepas Sangeet Kaur Deo, anak perempuan Karpal, membuat laporan polis berikutan catatan di laman sosial Facebook oleh peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mendakwa terdapat campur tangan seorang hakim kanan dalam keputusan rayuan kes hasutan bekas pemimpin kanan DAP itu pada 2016.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan