Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Campak Penghuni Tua Dari Balkoni

10:22am 17/02/2016 Pak Roshan 11 views Global
gambar hiasan

gambar hiasan

Tokyo – Seorang jururawat lelaki sebuah rumah jagaan orang tua ditahan semalam, kerana mencampakkan seorang penghuni berusia berusia 87 tahun dari balkoni yang membawa kematian mangsa.

Menurut jurucakap Jabatan Polis Wilayah Kanagawa hari ini, jururawat berusia 23 tahun itu, Hayato Imai, ditahan kerana disyaki membunuh Tamio Ushizawa di sebuah rumah jagaan di Kawasaki, selatan Tokyo pada November 2014.

Polis percaya dia mangsa mati akibat kecederaan organ dalaman selepas dicampak Hayato dari balkoni di tingkat empat.

Menurut laporan akhbar Asahi Shimbun, jururawat itu juga mengaku membunuh dua lagi penghuni berusia 80-an dan 90-an dengan cara sama pada 2014.

“Memang saya membunuhnya,” kata Hayato memberitahu polis mengenai kematian Tamio.

Jururawat itu dipecat tahun lalu selepas ditahan kerana disyaki mencuri wang dan barang kemas dari bilik penghuni wanita. – AFP/myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan