Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CAMERON BERI KATA DUA KEPADA SCOTLAND

david cameron

LONDON – Perdana Menteri United Kingdom (UK), David Cameron semalam memberi amaran

kepada pengundi Scotland mereka akan kembali ke dalam kegelapan jika memilih untuk merdeka.

Amaran itu dikeluarkan menjelang kunjungan pemimpin tiga parti utama di UK termasuk

Cameron ke Scotland hari ini bagi memujuk penduduk negeri itu supaya kekal dalam persekutuan

UK.

Kempen tersebut dilihat penting berikutan pada 18 September ini, penduduk Scotland akan

mengundi dalam satu pungutan suara sama ada keluar daripada persekutuan UK selepas 300

tahun.

Situasi di Scotland kini lebih mendesak buat Cameron selepas beberapa tinjauan sebelum ini

mendapati lebih ramai penduduk di negeri itu menyokong kemerdekaan.

“UK adalah sebuah negara yang tidak ternilai dan istimewa,” kata Cameron dalam akhbar Daily

Mail edisi semalam.

“Justeru, jangan ada sesiapa di Scotland ragu. Kami mahu anda (penduduk Scotland) kekal

(bersama UK), kami tidak mahu negara ini berpecah.

“Jika UK berpecah, ia akan berpecah selama-lamanya. Oleh itu, pilihan untuk anda adalah jelas

iaitu kembali ke dalam kegelapan jika menyokong kemerdekaan atau memilih masa depan yang

lebih baik untuk Scotland melalui undian tidak,” tambahnya.

Cameron akan berkempen menentang kemerdekaan Scotland dengan disertai pemimpin Parti

Demokrat yang juga Timbalan Perdana Menteri UK, Nick Clegg serta Ketua Pembangkang, Ed

Miliband.

Beberapa minggu lalu, London tidak menunjukkan minat mendalam berhubung referendum yang

bakal diadakan pada minggu hadapan itu.

Ia berikutan beberapa tinjauan pendapat ketika itu menunjukkan majoriti penduduk Scotland

menyokong penyatuan bersama UK.

Perubahan hasil tinjauan pendapat baru-baru ini bagaimanapun mendorong pentadbiran Cameron

untuk mengubah pendirian.

Kerajaan negara itu kini menawarkan pelbagai insentif termasuk meluaskan kuasa autonomi

Scotland meliputi cukai, kebajikan dan perbelanjaan bagi memujuk penduduknya supaya memilih

untuk kekal dalam UK.

Menteri Pertama Scotland yang juga pemimpin Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Alex Salmond

bagaimanapun memandang sinis tawaran tersebut.

Beliau menyifatkan inisiatif London sebagai sudah lapuk dan tidak akan dapat membantu

matlamat menghalang kemerdekaan Scotland.

Parti Konservatif pimpinan Cameron yang memerintah UK pula tidak popular di Scotland.

Parti itu hanya menguasai satu daripada 59 kerusi Parlimen Scotland. – AFP

Komen


Berita Berkaitan