Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Calon Presiden Brazil maut pesawat terhempas

calon presiden maut

SANTOS: Calon presiden Brazil, Eduardo Campos maut apabila jet yang dinaikinya untuk berkempen terhempas dipercayai akibat cuaca buruk di kawasan perumahan di Bandaraya Santos, dengan semua tujuh di dalam pesawat turut terbunuh.

 

Campos, calon sosialis berusia 49 tahun, kini menduduki tangga ketiga dalam tinjauan suara pilihan raya yang bermula Oktober ini.

 

Campos dalam perjalanan ke Sao Paulo untuk mengadakan rakaman televisyen sebelum pesawat Cessna 560XL terhempas dan terbakar.

 

Presiden Brazil, Dilma Rousseff, yang kini berkuasa untuk penggal keduanya, mengisytiharkan negara itu berkabung dan menggantung tempoh berkempen selama tiga hari.

 

“Semua rakyat Brazil dalam kesedihan dan berkabung. Kita hilang seorang tokoh hebat di Brazil hari ini iaitu Eduardo Campos,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

Komen


Berita Berkaitan