Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Calon Muda BN Punya Kekuatan Menang PRU14

 

PENAMPANG – Calon pemuda muka baharu Barisan Nasional (BN) ada kekuatan dan aura tersendiri untuk menang kerusi kawasan diwakili sekali gus memberi kemenangan besar kepada parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata semua calon pemuda BN dipilih parti untuk bertanding pada pilihan raya kali ini berkelulusan tinggi selain memiliki idea serta semangat memenuhi aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang pastinya mampu menarik pengundi muda untuk bersama mereka merealisasikan wawasan itu.

Mengambil contoh calon muda BN kerusi Parlimen Penampang, Salleh berkata, Ceasar Mandela Malakun yang bergiat aktif dalam Upko, satu daripada parti komponen BN, mempunyai pakej sesuai menjadi wakil rakyat kerana anak muda itu ada visi dan perancangan membawa lebih banyak pembangunan di situ.

“Semua ini hanya boleh dilakukan jika kita (rakyat Penampang) memberi peluang kepada beliau untuk menjadi wakil rakyat (Parlimen Penampang) kerana parti yang beliau dokong iaitu BN ada kemampuan memberi kerjasama bagi melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

“Saya yakin Mandela ada kekuatan sendiri dan didokong parti yang kuat bersama para pemimpin berpengalaman seperti Datuk Donald Peter Mojuntin (calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog) serta Datuk John Ambrose (Ketua UMNO Bahagian Penampang),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama rakyat, di sini malam tadi.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pendekatan BN mengetengahkan bakat-bakat pemimpin muda sebagai calon pada PRU14 ini adalah bukti BN berani berganjak kepada satu perubahan bagi memastikan parti terus relevan dan terkini demi kepentingan masa depan rakyat.

“Dengan adanya calon muda lain seperti Hafez Yamani Musa (calon BN Parlimen Sipitang); Jamawi Jaafar (calon BN DUN Kemabong); dan Arthur Kurup (calon BN Parlimen Pensiangan), ini menentukan kita tidak akan ketandusan pemimpin kerana melahirkan pemimpin berwibawa untuk masa depan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Salleh berkata, rakyat perlu memberi mandat dan kemenangan mutlak kepada BN pada pilihan raya kali ini bagi meneruskan kesinambungan agenda pembangunan selain parti itu mempunyai keupayaan memperhebat lagi prasarana dan membela nasib rakyat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan