Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Calon muda berjiwa kental aspirasi buat anak muda

PENAMPANG: Calon termuda dalam Barisan Nasional dan juga mempunyai paras rupa yang mampu mencairkan hati wanita, demikianlah yang boleh digambarkan Calon BN di Parlimen Penampang Caesar Mandela Malakun yang mempunyai aspirasi tersendiri untuk penduduk Penampang.

Anak muda berijwa kental ini sanggup “melupakan” keseronokan zaman belianya semata-mata untuk berbakti kepada penduduk Penampang.

Mandela yang tidak asing lagi buat penduduk di kawasan itu kerana telah lama terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan memilih untuk terlibat dalam politik kerana mahu memberi inspirasi kepada anak muda bahawa mereka juga mempunyai peranan penting dalam pentadbiran negara.

“Sebab utama saya memilih untuk terlibat dalam politik adalah kerana mahu memberi inspirasi kepada anak muda bahawa mereka juga patut menjadi sebahagian daripada sistem pentadbiran negara.”

“Saya juga tidak mahu anak muda ini terlibat dalam politik hanya atas dasar perasan benci atau politik kebencian tetapi biarlah kita berpolitik secara matang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media, di sini, hari ini.

Mandela juga telah menggariskan perancangan beliau dalam membangunkan Penampang termasuklah akan menjadikan daerah itu sebagai Hub IT dan juga tumpuan kepada pembangunan sektor pelancongan.

“Selepas kita jadikan Penampang sebagai Hub IT, sudah tentu ia akan memberikan manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan ini kerana ia akan mampu mewujudkan peluang pekerjaan,”katanya./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan