Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Calon asing’ bukan isu besar- Abdul Rahman

SEPANGGAR: Isu ‘Calon Asing’, tidak perlu dijadikan sebagai isu besar kerana perkara paling penting adalah pemimpin yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Sepanggar.

Demikian ditegaskan oleh, Calon Barisan Nasional (BN) di P.171 Sepanggar Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkan isu calon luar yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu di kawasan parlimen itu bukan isu besar yang perlu di diputar-belitkan untuk memenangi hati pengundi.

“Soalnya yang paling penting ialah siapa yang mampu memberikan perkhidmatan kepada penduduk Sepanggar dan juga siapa yang mampu menubuhkan kerajaan yang terbaik.

“Kedudukan saya sebagai menteri persekutuan sudah tentu saya boleh memberikan sedikit kelebihan kepada Sepanggar dibandingkan dengan yang lain-lain,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis Semarak Perpaduan Sempena Sambutan Pesta Kaamatan anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Puterajaya bersama Persatuan Sino Kadazan Dusun Murut Sabah, hari ini.

Rahman juga menegaskan, beliau komited untuk berbakti dan yakin mampu mencetuskan satu revolusi pembangunan di kawasan yang mempunyai lebih kurang 62,000 orang pengundi dan lebih daripada 300,000 penduduk itu.

Untuk rekod Rahman dilahirkan di Daerah Tuaran dan mempunyai rumah kediaman di Taman Kingfisher, Sepanggar serta telah menetap di Sepanggar sejak 15 tahun lalu./SayangSabah

Abdul Rahman (tengah) mengambil gambar bersama penduduk yang hadir dalam majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan