Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cadbury: Ujian makmal Jakim penuhi piawaian antarabangsa

8:17am 06/06/2014 Pak Roshan 9 views Pelbagai

cadbury

KUALA LUMPUR: Piawaian antarabangsa ISO 17025 menetapkan proses ujian terhadap asid deoksiribonukliek (DNA) hanya boleh dilakukan di dalam makmal khas yang diakreditasikan oleh agensi-agensi seperti Standard Malaysia atau SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Pakar Jabatan Kimia Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Zainudin Arifin berkata, mahkamah juga hanya menerima hasil ujian DNA yang dilakukan di makmal yang mendapat akreditasi seumpama itu untuk dijadikan sebagai bahan bukti dalam sebarang kes.

Dalam hubungan ini, katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menggunakan khidmat makmal di Jabatan Kimia Malaysia yang mempunyai piawai ISO 17025 bagi melakukan ujian DNA ke atas dua jenis coklat yang menimbulkan konflik ekoran status halal iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

“Ujian DNA hanya boleh dilakukan didalam makmal khas yang mempunyai bilik bersih dan udaranya ditapis bagi menghindari pencemaran selain hanya pegawai yang berkelayakan dibenarkan menjalani ujian tersebut.

“Namun bagi sampel yang tidak disimpan dengan baik atau didalam keadaan lembab, sampel boleh dicemari oleh mikroorganisme dan ini menyebabkan keputusan ujian tidak boleh dibuat dengan sempurna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Jakim mengesahkan dua sampel coklat keluaran syarikat Cadbury yang diambil terus daripada kilang syarikat itu tidak mengandungi DNA babi dan berikutan itu, Kementerian Kesihatan mengaku melakukan kesilapan berhubung pengumuman yang dibuat pada 21 Mei lalu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan