Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cadangan wanita sandang jawatan Pegawai Daerah Di Sabah

jainab

SANDAKAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab

Ahwid Ayid mahu kerajaan negeri turut memberi peluang kepada golongan wanita menyandang

jawatan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah.

Menurut beliau, belum terdapat golongan wanita dilibatkan untuk memegang dua jawatan itu

sedangkan ramai yang berwibawa.

“Saya memohon kerajaan negeri agar dapat memberikan peluang kepada wanita Sabah yang

berkelayakan untuk menyandang jawatan tersebut.

“Saya yakin ilmu dan kepakaran wanita mampu dijana untuk membantu pembangunan negeri,”

katanya pada sambutan Hari Wanita peringkat negeri yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk

Seri Musa Aman di sini pada Sabtu.

Beliau berkata usaha berterusan akan dipergiat bagi memberi penghormatan kepada kaum wanita

dan kesaksamaan gender menerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita

Sabah.

Jainab juga berkata kadar penyertaan buruh wanita di Sabah masih rendah iaitu 52 peratus

berbanding buruh lelaki sebanyak 86.1 peratus.

Katanya masalah penjagaan anak menyebabkan wanita berhenti daripada berkerja yang

menyumbang kepada perbezaan kadar itu.

Sehubungan itu beliau mahu lebih banyak Taska diwujudkan di tempat kerja termasuk yang

disediakan badan korporat. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan