Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cadangan Pembinaan Masjid Di Paitan Akan Dikemuka Kepada Kabinet Sabah

paitan

BELURAN: Cadangan pembinaan sebuah masjid di Pekan Daerah Kecil Paitan akan dikemukakan kepada kabinet negeri Sabah, kata Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.

Beliau berkata pembinaan masjid itu di pekan itu diperlukan bagi memudahkan masyarakat Islam melaksanakan aktiviti keagamaan.

“Kertas cadangan pembinaan masjid berkenaan masih diperingkat perbincangan Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah (JHEAINS) dan akan dikemukakan ke peringkat kabinet negeri setelah disiapkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Seminar Sehari Bicara Ulil Amri di Kampung Muanad 2 dekat sini Ahad malam.

Mohd Ariffin berkata masjid berkenaan dicadang dibina berhampiran Pejabat Daerah Kecil Paitan yang boleh memuatkan 500 jemaah pada satu masa.

Pada masa sekarang, Pekan Daerah Kecil Paitan yang terletak dalam Daerah Beluran tidak mempunyai kemudahan masjid.

Komen


Berita Berkaitan