Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,431

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cadangan Pembinaan Jambatan Sukau Tidak Akan Diteruskan

1:44pm 21/04/2017 Pak Roshan 2236 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

SANDAKAN :  Kerajaan negeri memutuskan bahawa pembinaan jambatan yang dicadangkan merentasi Sungai Kinabatangan di Sukau tidak akan diteruskan.

Keputusan ini diumumkan oleh Datuk Sam Mannan, Ketua Konservator Perhutanan Sabah,  semasa berucap pada majlis makan malam Perkongsian Penyelidikan Hutan Tropika Asia Tenggara  (SEARRP) yang diadakan di  Royal Society di London,  semalam.

“Ketika membuat keputusan itu, Ketua Menteri  Sabah (Datuk Seri Musa Aman) telah mengambil kira kebimbangan dan pandangan yang dilahirkan berkaitan jambatan itu termasuk kalangan dari Yayasan Sime Darby, Nestle, saintis dan kumpulan NGO serta pandangan mereka yang lebih mengetahui mengenai wilayah itu daripada orang lain – Sir David Attenborough,” kata Sam dalam satu kenyataan hari ini.

Pada awal Mac, akhbar The Guardin di UK menyiarkan satu artikel bertajuk Kebimbangan Sir David Attenborough mengenai cadangan pembinaan jambatan yang merangkumi 350 meter merentasi Sungai Kinabatangan kerana mengancam satu daripada santuari terakhir iaitu gajah pigmi Borneo.

“Ia membuatkan kita memahami bahawa isu pembinaan jambatan yang dicadangkan merentasi kawasan yang dilindungi bagi hidupan liar, sekarang menjadi kebimbangan utama bagi alam sekitar bukan sahaja di Sabah tetapi juga di seluruh dunia kerana situasi hidupan liar yang banyak terdapat di kawasan itu.

Sam berkata Ketua Menteri telah mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pandangan Sir David sebelum membuat keputusan mengenai isu penting ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda