Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cadangan Pembenihan Awan Di Tawau Atasi Masalah Air

5:05pm 28/02/2016 Pak Roshan 1281 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Mutakhir

Pembenihan-Awan

TAWAU – Pembenihan awan akan dilakukan di Tawau sekiranya usaha lain tidak dapat mengatasi masalah bekalan air ekoran musim kemarau sekarang, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata kerajaan negeri akan membincangkan perkara berkenaan jika keadaan memerlukan.

“Kerajaan negeri maklum mengenai masalah air yang dihadapi penduduk akibat fenomena el-Nino,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak UMNO Kalabakan hari ini.

Beliau menasihatkan penduduk supaya bersabar menghadapi situasi yang berlaku dan kerajaan sedang berusaha memenuhi keperluan bekalan air kepada penduduk.

Sementara itu Anggota Parlimen Tawau, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata pembinaan empangan bernilai RM400 juta di Kampung Cinta Mata akan dimulakan tahun ini sebagai peyelesaian jangka panjang masalah air di Tawau.

Speaker Dewan Undangan Negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Syed Abbas Syed Ali pula meminta masyarakat Islam untuk melakukan solat hajat agar hujan turun. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan