Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cadangan naiktarafkan tugas MAN

8:07pm 24/01/2016 Ann Vivien 12 views Isu Semasa,Tempatan
Hajiji disambut oleh Radin setibanya di majlis itu.

Hajiji disambut oleh Radin setibanya di majlis itu.

TENOM: Kerajaan bercadangan akan menaiktaraf peranan dan tugas Mahkamah Anak Negeri (MAN) di negeri ini selaras dengan mahkamah sivil dan syariah pada masa akan datang.                                                     

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor berkata  cadangan tersebut akan dibentangkan dalam kabinet negeri nanti.                                                      

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis amanat kepada ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat cina di daerah ini pada Sabtu.                        

Katanya, dengan adanya penaiktarafan MAN  sudah tentu akan memperkasakan lagi tugas dan peraturan sediada terutamanya mengenai hal-hal adat istiadat dinegeri ini.                                                        

Terdahulu berucap merasmikan majlis ini,  Hajiji  mengingatkan para pemimpin setempat agar dapat menggalas tugas dengan penuh berintegriti selain tidak menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan