Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cadangan mansuh bilangan ulang tahun sambutan kemerdekaan negara sedang dikaji

shabery

KUCHING – Sambutan kemerdekaan negara berkemungkinan tidak lagi menyebut bilangan ulang tahunnya bermula tahun depan dan tahun-tahun akan datang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan pemansuhan bilangan ulang tahun itu sedang dibincangkan dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bagi menyeragamkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.

“Ketika ini terdapat percanggahan pendapat dalam sambutan kemerdekaan negara kerana Sabah dan Sarawak mendakwa mereka menyambut kemerdekaan bukan pada 31 Ogos 1957 tetapi selepas kemasukan mereka ke dalam Malaysia. Selepas ini kita hanya menyebut sambutan kemerdekaan negara sahaja tanpa bilangan kali ke berapa.

“Sarawak menyambut kemerdekaan pada 22 Julai 1963 manakala Sabah pula pada 31 Ogos 1963. Jadi, sebutan sambutan kemerdekaan ke-57 seperti tahun ini atau apa angka sekalipun tidak relevan bagi Sarawak dan Sabah,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery menjelaskan, sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun akan diteruskan seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Komen


Berita Berkaitan