Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

CADANGAN LOJI JANAKUASA ARANG BATU PERLU KAJIAN MENYELURUH: MOHD SHAFIE

KOTA KINABALU:  Kerajaan negeri akan buat kajian secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai cadangan kerajaan pusat melaksanakan projek Loji Janakuasa Arang Batu di Pantai Timur Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata cadangan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad itu disambut baik namun ia akan dikaji secara menyeluruh terlebih dahulu bagi memastikan ia tidak memberi kemaudaratan kepada alam sekitar.

“Kita sambut baik cadangan ini kerana Sabah adalah negeri yang jauh ketinggalan dari segi keupayaan membekalkan tenaga, selain kita menghadapi masalah bekalan air dan elektrik serta kadar tarif yang agak kompetitif.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sabah Tahun 2018 di Politeknik Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan JKM

“Setakat ini, kadar kita dalam lingkungan 40 sen berbanding negeri lain dan ini perlu diteliti secara mendalam yang mana kebanyakkan pembekal tenaga masih menggunakan diesel yang harganya agak mahal dan memberi kesan tidak baik kepada alam sekitar.

“Jadi kita akan lihat bagaimana kita mahu menggunakan arang batu supaya ia tidak memberi kesan kepada alam sekitar atau sebaliknya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Sabah 2018 di Politeknik Kota Kinabalu hari ini.

Jelas Shafie, kajian secara menyeluruh itu juga adalah untuk memastikan kerajaan negeri dapat mengenalpasti potensi arang batu yang dikatakan empat kali ganda jauh lebih murah berbanding sumber tenaga lain.

Tambahnya, usaha berkenaan bersesuaian dengan kapasiti bekalan arang batu yang cukup besar di dalam negeri untuk digunakan sekaligus dan tidak bergantung kepada penggunaan diesel.

“Cadangan ini juga dilihat sebagai satu hala tuju yang baik yang dapat memberi manfaat kepada Sabah serta melahirkan keupayaan kita membekalkan tenaga kuasa yang sedia ada dan jauh lebih murah.

“Sebagai contoh, Singapura hari ini menggunakan tenaga arang batu tetapi teknologi mereka gunakan cukup tinggi. Kalau mereka (Singapura) dapat lakukannya, kita cuba meneliti teliti dan fokus, kita pasti akan dapat laksanakannya sebaik yang mungkin,” katanya.

Terdahulu, Mahathir menyatakan bahawa kerajaan pusat berhasrat untuk memanfaatkan sumber arang batu yang dilihat memiliki banyak manfaat di Sabah serta Sarawak dan tidak akan meneruskan pelaksanaan projek tenaga nuklear.

Loji janakuasa arang batu di Sabah pernah dicadangkan untuk didirikan di Lahad Datu bagi menampung keperluan bekalan elektrik yang begitu tinggi semasa kerajaan negeri terdahulu namun cadangan itu terpaksa dilupakan apabila mendapat tentangan kuat dan desakan dari semua pihak.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan