Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cadangan JPSPN Beroperasi Di Sabah Akan Dibentang Di Kabinet Negeri – Hajiji

 Datuk Hajiji Mohd Noor.

Datuk Hajiji Mohd Noor.

TUARAN : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah akan membentangkan cadangan untuk membenarkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) beroperasi di Sabah, ke Kabinet negeri tidak lama lagi.

Menterinya Datuk Hajiji Noor berkata cadangan itu antara lain akan melihat daripada segi akta dan undang-undang pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam untuk diterima seterusnya diguna pakai di negeri ini.

JPSPN adalah sebuah badan di bawah kelolaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Bagaimanapun, kita perlu mendapatkan kelulusan dan kebenaran kerajaan negeri. Namun, pendekatan ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah pengurusan sampah dan sisa pepejal di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan produk Mesin Bio-Green, sebuah mesin berteknologi melupuskan sisa makanan buangan, keluaran Syarikat Milen Bio (Korea) Sdn Bhd, di sini Ahad.

Mengenai produk Mesin Bio-Green, Hajiji secara prinsip menyambut baik cadangan syarikat itu agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah menggunakan mesin itu bagi menguruskan sisa buangan makanan berpunca dari restoran ataupun pasar.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu juga sudah menggunakan mesin pelupusan sisa makanan itu kira-kira tiga tahun dan kesannya amat menggalakkan.

Syarikat Milen Bio (Korea) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang bekerjasama dengan Hana Teck C.O Ltd Company dan Gangwon Technology Holdings di Korea.

Turut hadir Pengerusi Milen Bio Korea Kim Han Soo.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan