Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cadangan Cuepacs jejaskan peluang belia dalam perkhidmatan awam

 

Jamawi Jaafar
Jamawi Jaafar

KOTA KINABALU – Lanjutan umur persaraan penjawat awam dari 60 ke 62 tahun yang dicadangkan Cuepacs akan menjejaskan peluang generasi muda mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, cadangan tersebut sudah tentu  akan menyebabkan ketidakseimbangan apabila jumlah pesara setiap tahun semakin berkurangan sedangkan jumlah graduan dihasilkan institut pengajian tinggi  setiap tahun semakin meningkat.

“Sememangnnya peluang pekerjaan ada di mana-mana sahaja sama ada di sektor awam  atau swasta, namun sekiranya jumlah pengambilan bagi sektor awam berkurangan, maka negara akan rugi bagi mendapatkan tenaga kerja dari golongan muda yang lebih bertenaga dan memiliki idea baharu sesuai dengan perkembangan semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenom, ekoran cadangan Cuepacs tersebut, ia mendorong kadar penggangguran terutama dalam kalangan golongan muda lepasan unversiti yang masih menunggu peluang untuk bekerja dan menyumbang khidmat mereka untuk kerajaan.

Tambah Jamawi, cadangan peningkatan umur persaraan itu juga bakal memberi kesan kepada kenaikan pangkat pegawai awam yang telah lama berkhidmat.

“Saya cuba dapatkan pandangan penjawat-penjawat awam dan didapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju,” katanya.

Baru baru ini, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, kebanyakan negara telah melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun dan sebagai negara yang menuju status negara maju dan Malaysia harus mengambil langkah sama.

Jamawi berkata, cadangan Cuepacs itu dilihat sebagai satu langkah terkebelakang ketika kerajaan berusaha melakukan proses tranformasi terhadap pembangunan negara termasuk dalam sektor perkhidmatan awam.

Katanya, untuk memantapkan perkhidmatan awam, seharusnya orang muda diberi peluang untuk berkhidmat dan menyumbang.

Dalam perkembangan yang sama Jamawi berkata adalah lebih baik bagi Cuepacs memberikan fokas kepada usaha untuk meningkatkan tahapan kecekapan dan penyampaian pejawat awam bukannya membincangkan umur persaraan pejawat awam. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan