Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cadangan Bantuan Bulanan Kepada Malim Gunung Dipertimbangkan – Jainab

malim-gunung

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah akan mempertimbangkan cadangan untuk memberi bantuan secara bulanan kepada malim Gunung Kinabalu yang hilang pendapatan selepas berlakunya gempa bumi, 5 Jun lepas.

Menterinya Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum keputusan diambil memandangkan jumlah penerima bantuan bulanan di Sabah setakat ini, sebanyak 77,000 orang melibatkan peruntukan RM220 juta.

“Jadi kita akan lihat berdasarkan pendapatan dan beberapa cara lain yang akan kita fikirkan untuk membantu mereka selain bekerjasama dengan beberapa agensi lain,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Jainab yang juga Presiden Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) berkata bagi membantu malim gunung yang hilang punca pendapatan, MPMS menubuhkan Tabung Bencana Gempa Bumi pada 7 Jun lepas, dan berjaya mengumpul sebanyak RM350,000 sehingga kini.

Beliau berkata sebanyak RM53,600 telah diagihkan kepada 163 malim gunung, empat keluarga malim yang terkorban dan sembilan sukarelawan dari Sabah Santuary Lodge.

Sementara itu, Jainab berkata Oceanus Waterfront Mall turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada malim gunung yang terjejas akibat kejadian gempa bumi itu.

Lebih 100 gegaran susulan direkodkan Jabatan Meteorologi susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau pada 7.15 pagi, 5 Jun lepas.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan