Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cadang tambah inap desa di Bongawan

Mohamad (kiri sekali) menyampaikan sijil peserta program Inap Desa kepada Jepri di majlis itu. - foto Aryan De Vera
Mohamad (kiri sekali) menyampaikan sijil peserta program Inap Desa kepada Jepri di majlis itu. – foto Aryan De Vera

BONGAWAN – Sebanyak 17 buah inap desa di Kampung Serbang yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan prasarana menarik bakal menjadi salah satu tarikan pelancongan baru di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Mohamad Alamin berkata,  kewujudan inap desa itu dilihat dapat menampung permintaan pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke kawasan ini yang semakin meningkat setiap tahun.

Justeru, beliau memberi jaminan pelbagai aktiviti menarik menerusi pakej inap desa diusahakan penduduk kampung berkenaan sejak tiga tahun lalu itu bakal memberikan pengalaman berharga kepada pengunjung ke situ.

“Selain dapat merasai suasana kampung menerusi pelbagai aktiviti menarik, pelancong juga berpeluang menyaksikan monyet Proboscis dan serangga Kelip-Kelip yang terdapat di sepanjang Sungai Bongawan.

“Kami juga bercadang menambah bilangan Inap Desa bagi merancakkan lagi industri pelancongan di kawasan ini, sekaligus menjana ekonomi penduduk,” katanya selepas merasmikan Inap Desa Kampung Sri Serbang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad turut menyeru penduduk di kawasan itu supaya mengambil peluang untuk menjana pendapatan dengan melibatkan diri dalam perniagaan inap desa di kampung masing-masing. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan