Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cadang gaji minima RM3,500 untuk lepasan TVET

Ahmad Zahid dan para tetamu merakam gambar bersama dengan masyarakat Kota Belud.

KOTA BELUD: Kerajaan bercadang menaikkan gaji minima bagi pelajar lepasan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebanyak RM3,500 setaraf pekerja mahir asing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini adalah satu penghargaan terbaik kepada lepasan TVET kerana gaji minima dalam sektor-sektor lain adalah hanya sebanyak RM1,200.

“Cadangan saya untuk menaikkan gaji lepasan TVET RM3,500 kerana selama ini gaji untuk pekerja mahir asing yang bekerja di Malaysia telah ditetapkan pada sekurang-kurang RM3,500 untuk pekerja asing yang berkemahiran kategori tiga.

“Ini adalah menjadi syarat oleh Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen di dalam meluluskan permit kerja.

“Oleh kerana TVET Malaysia adalah merupakan perancangan masa jangka panjang, menterjemah revolusi 4.0 maka memberikan gaji minimum RM3,500 adalah merupakan satu bench mark baharu untuk menggalakkan rakyat Malaysia menceburi kursus-kursus dalam TVET,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Pecah Tanah Politeknik Kota Belud di Kampung Kesapang, petang tadi.

Kampus ke-36 yang dibina berkeluasan 30 ekar dijangka siap 2021 yang mampu menampung 500 pelajar peringkat permulaan.

Sebanyak dua program yang ditawarkan adalah Diploma Teknologi Petroleum dan Diploma Pengurusan Resort.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan merangkap Ahli Parlimen Kota Belud; Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak; Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia./Penerangan-

Zahid ketika menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan