Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,713

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Cadang bina laluan hubungkan Sabah-Kalimantan

8:01pm 22/04/2016 Pak Roshan 59 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Sabah, di Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu. - Foto Izhari Ariffin

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Sabah, di Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu. – Foto Izhari Ariffin

KOTA KINABALU: Cadangan membina kemudahan jalan raya untuk menghubungkan Sabah dengan Kalimantan, Indonesia akan membuka lebih banyak peluang perdagangan antara kedua-dua kawasan.

Pengerusi Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Sabah yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata pembinaan laluan sejauh 40 kilometer (km) di kawasan Sabah itu membolehkan perdagangan antara dua wilayah diteruskan susulan penggantungan dan pemberhentian serta-merta dagangan tukar barang.

“Ini antara yang dibincangkan dalam mesyuarat MEB hari ini dan kita turut bersetuju membawa isu ini ke peringkat Kerajaan Persekutuan untuk diberi keutamaan.

“Kalimantan mempunyai potensi ekonomi besar, terutama dari segi pasaran kerana bilangan penduduknya yang ramai.

“Banyak industri boleh dimajukan bersama pengusaha Kalimantan sama ada dari segi mineral, minyak dan gas.

“Laluan ini akan membolehkan pasaran lebih banyak kepada produk atau perkhidmatan dari Sabah,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MEB Sabah di sini, hari ini. –  BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan