Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cabaran Utama Sektor Awam Yakinkan Masyarakat Dan Pelabur

pic-49

TAWAU: Cabaran utama sektor awam pada masa kini ialah untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap keupayaan mereka menterjemahkan dasar dan strategi kerajaan kepada keberhasilan serta impak yang signifikan.

Ketika menyuarakan pandangannya, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat berkata antara aspek penting yang boleh membantu sektor awam menyediakan perkhidmatan cemerlang ialah inovasi dan kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

“Jika tidak, penjawat awam akan ketinggalan di belakang dari arus kemajuan perkhidmatan awam dan berkemungkinan besar akan menjadi penghalang kepada kejayaan pelaksanaan aplikasi kerajaan terutama dalam usaha kerajaan yang menyarankan kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk ataupun perkhidmatan dengan lebih efisien dan menjimatkan,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Seminar ICT Sektor Awam di sini Rabu.

Katanya pada masa yang sama penjawat awam perlu mengekalkan integriti sebagai pegawai kerajaan dalam menghadapi perubahan persekitaran yang amat mencabar.

Menurut Hamisa Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri yang dipertanggungjawab terhadap urusan ICT perkhidmatan awam negeri telah membangunkan lebih 140 sistem aplikasi dalam talian untuk kegunaan semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Katanya berdasarkan Laporan Status Perkhidmatan Online oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) pada 2013, kerajaan Sabah merupakan negeri yang kedua paling banyak perkhidmatan dalam talian di negara ini.

“Namun begitu kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian tersebut, malah kita harus melihat sejauh manakah penggunaan aplikasi-aplikasi yang telah disediakan itu,” kata Hamisa.

Komen


Berita Berkaitan