Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Cabaran besar menanti ahli UMNO

Sebahagian ahli jawatankuasa, Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahli UMNOyang hadir di majlis tersebut.
Sebahagian ahli jawatankuasa, Ketua-Ketua Cawangan dan ahli-ahli UMNOyang hadir di majlis tersebut.

BEAUFORT – Fenomena politik ketika ini mengajak ahli UMNO melakukan transformasi bagi membolehkan mereka menghadapi pelbagai cabaran dan ujian dalam melaksana tugas mendokong perjuangan parti agar terus relevan.

Nasihat itu dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Sapawi Ahmad semasa merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan UMNO bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Semasa menyampaikan amanatnya, Sapawi berkata, slogan parti `Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’ wajar dihayati oleh anggota parti dalam melaksanakan perjuangan yang diamanahkan.

“Slogan itulah yang telah membawa UMNO terus relevan sehingga sekarang dan terus mendapat kepercayaan daripada rakyat. Penghayatan terhadap slogan itu akan mengajak ahli parti melaksanakan perjuangan sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh parti.

“Ia juga mendorong ahli parti untuk setia terhadap perjuangan parti dan juga kepimpinan selain berusaha meneruskan perjuangan sebenar parti,” katanya.

Selain itu, Sapawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Bahagian Sipitang turut meminta agar anggota parti menggunakan media sosial bagi menyalurkan maklumat tepat.

Katanya, media sosial merupakan langkah terbaik untuk menyebarkan maklumat tepat mengenai perjuangan parti dan mengenai dasar-dasar kerajaan, walau bagaimanapun beliau mengingatkan agar ahli parti tidak terperangkap dengan dakyah pembangkang.

“Pembangkang telah menyebarkan pelbagai dakyah menerusi media sosial dan kita sebagai ahli parti bukan sahaja perlu menyalurkan maklumat tepat bagi memadamkan dakyah itu tetapi juga perlu memastikan diri kita tidak terpengaruh dengannya,” jelasnya.

Dalam majlis itu, Sapawi bersama UMNO Bahagian Sipitang menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan