Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,670

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buruk lantak

8:30am 29/07/2016 Pak Roshan 3231 views Global
GAMBAR menunjukkan aksi Bu menghabiskan satu besen mi segera. - NetEase

GAMBAR menunjukkan aksi Bu menghabiskan satu besen mi segera. – NetEase

Beijing: Seorang anggota bomba popular di media sosial di China selepas gambarnya memakan satu besen mi segera tersebar di Internet.

Anggota bomba berkenaan, Bu Wenming dan rakannya dilaporkan berlatih tanpa henti selama dua hari dan kembali semula ke balai pada awal pagi.

Kerana terlalu lapar, mereka semua menyerbu ke dewan makan dan mendapati hanya mi segera dihidangkan.

Selepas menjamu selera beberapa anggota bomba masih tidak menghabiskan hidangan mereka dan meninggalkan banyak lebihan makanan.

Akibat terlalu lapar, Bu mengumpulkan semua lebihan makanan itu dalam sebuah besen besar sebelum memakannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan