Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Buruh simpan coli, seluar dalam curi dijel

simpan coli

Kampar: Seorang buruh kontrak dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara tujuh bulan oleh

Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan termasuk

menyimpan barangan curi berupa tujuh coli dan sehelai seluar dalam, Rabu lalu.

Tertuduh, M Nagenthiran, 28, (gambar) mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohamad

Ibrahim Mohammad Ghulam dan didenda RM2,500 atau penjara enam bulan bagi kesalahan

pertama manakala denda RM500 atau penjara sebulan bagi tuduhan kedua.

Tertuduh terpaksa menjalani hukuman penjara selepas gagal membayar denda dikenakan

terhadapnya.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa menyimpan harta curi iaitu tujuh baju dalam pelbagai warna,

sehelai seluar dalam dan sehelai baju-T bernilai RM100 milik seorang wanita berusia 41 tahun di

rumahnya di C-30 Perumahan Awam 2, Malim Nawar, kira-kira jam 3 pagi, 3 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman

penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Nagenthiran turut mengaku bersalah terhadap tuduhan kedua mengikut Seksyen 29(1) Undang-
Undang Kesalahan Kecil kerana gagal memberi keterangan bagaimana dia memperoleh semua

barangan berkenaan di tempat, masa dan tarikh sama.

Komen


Berita Berkaitan