Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buruh nafi rogol remaja perempuan, bicara pada bulan Mei

2:32pm 10/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 97 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Mahkamah Sesyen, disini, hari ini menetapkan tarikh 12 dan 13 Mei depan untuk perbicaraan setelah seorang buruh kasar  mengaku tidak bersalah merogol seorang remaja perempuan,13
Tertuduh, Awang Salam Ismail, 22, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah kosong di belakang rumah mangsa di Kampung Baitam, Beaufort pada jam lebih kurang 12 tengah malam pada 22 Mac, tahun lalu.
Tertuduh boleh dihukum dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan
Hakim Azreena Aziz membebaskan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM 10,000 (deposit RM5,000) beserta dua orang penjamin tempatan.
Selain itu, mahkamah turut memerintah agar tertuduh tidak dibenarkan untuk mengganggu saksi-saksi pihak pendakwaan termasuk mangsa dan tertuduh dikehendaki melaporkan diri sebulan sekali di balai polis yang berdekatan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Husna Abdul Halim. – Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan