Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Buruh nafi menyebabkan kematian seorang lelaki

7:54pm 11/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 20 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang pekerja tapak pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian seorang lelaki.

Tertuduh, Hajim Kamlan, 32 didakwa telah melakukan kesalahan tersebut di depan sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan, Beaufort, pada jam 6.15 pagi pada 13 Disember, tahun lalu.

Hajim didakwa di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Hakim Dean Wayne Daly menetapkan tarikh 16 Febuari, tahun ini untuk pengurusan kes dan memerintah agar tertuduh untuk terus ditahan reman kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Tertuduh diwakili oleh peguambela PJ Perira. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan