Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Buruh maut terjatuh dari tingkat 3

buruhmaut

KOTA KINABALU: Dentuman kuat yang disangka batu bata atau sampah rupa-rupanya bunyi seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan parkir Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1, di sini pagi kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Winson Frederick Tabrett, 36, dari Kampung Kompimpinan, Papar dan dipercayai bekerja sebagai buruh binaan itu ditemui di tingkat bawah parkir berkenaan dalam keadaan tertiarap.

Kejadian berlaku jam 8.30 pagi itu hanya disedari oleh pengawal keselamatan di situ sebelum memaklumkannya kepada pasukan perubatan di hospital berkenaan.

Dipercayai mangsa digegaskan ke unit rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia sejurus kemudian.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan menyeluruh masih dijalankan.

“Polis masih menyiasat punca mangsa yang terjatuh dari tingkat tiga itu.

“Bagaimanapun setakat ini, polis menolak sebarang kemungkinan berlakunya unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan